Saturday, May 23, 2009

L Word

















*Moenigg sebagai Shane dan Daniella sebagai Max transexual yang macam Zac Efron sikit-sikit


Love.Lust.Lesbo.Kisah gadis-gadis Los Angeles dari pelbagai jenis seksualiti dan bercitarasa tinggi dari segi fesyen, gaya hidup dan semestinya aksi ranjang.hehehe.Dilabelkan sebagai "Sex & The City" versi lesbian semestinya tidak akan disiarkan di Astro apetah lagi TV tempatan.Cerita ni bermula dari 2004 lagi tapi disebabkan isu-isu cerita yang berat seperti seksual, agama, seksis dll jadi tayangannya mungkin tidak meluas.Di dalam series ini,watak yang dapat menarik perhatian aku adalah watak Shane McCutheon seorang "hair stylist" watak lesbian kacak lakonan Katherine Moenigg. Dari segi aksi dikatil yang semestinya hebat memanipulasi hot chick (dan kadang-kadang dua hotchicks sekaligus, cis) pemakaiannya juga lebih kepada VH1 death-rockstar yang sangat cool. Wajahnya dapat diklasifikasikan kepada lelaki yang cantik(bukan jambu) atau wanita yang kacak(bukan SamRo).Watak lain yang boleh dikatakan menjadi tarikan series ini adalah Max, seorang programmer transexual bersuara bapuk yang percaya cinta sejatinya kepada seorang perempuan. Serta watak-watak lesbian lain.Tetapi kedua-dua watak ini lebih terserlah kerana mereka ni lesbian yang macho (bukan macam pengkid local)

Dari pandangan aku, rata-rata pengkid local ni:
  • Pengkid local biasanya berambut pendek ala-ala askar serta bentuk badan yang rata-rata tak menarik (ramai yang berisi)
  • Tidak pernah lagi aku jumpa pengkid yang benar-benar "perempuan kacak" atau berpakaian lelaki yang betul. Kebanyakannya mesti berpakaian baggy ala-ala hip-hop
  • Semenjak Samantha Ronson popular, ramai jugak yang meniru gayanya tapi maaflah, Samantha Ronson memang "butch" yang macho tapi kalau semua nak jadi Samantha? itu tidak macho lagi.
  • Teman wanita pengkid kebiasaanya wanita yang terlalu cantik atau terlalu buruk. Bergantung kepada bentuk badan pengkid tersebut.
  • Percakapan pengkid biasanya boleh didengar 3 batu jauhnya. Untuk menunjukkan betapa kasar dan samsengnya mereka. Hanya pakcik-pakcik di kedai kopi yang bercakap pasal politik dan menonton gusti je bersuara setinggi tu.
  • Sukan utama pengkid local adalah futsal.

(Cerita sampai season 5 dan dah tamat pun. aku ada DVD whole season kalau sapa-sapa berminat)

Wednesday, May 20, 2009

Pencuri Hitam
















Jangan memandang rendah kebolehan seekor kucing(selain daripada mengeow).Frankie The Burglar, kucing kepada Julie Bishop, 52 tahun mempunyai kemahiran mencuri anak patung(secara profesional).Sebagai rekod, hasil curian yang dapat ditangkap tahun lepas adalah sebanyak 35 teddy bear.Frankie biasanya akan menyelinap masuk melalui cat-flap secara senyap dan menyembunyikan hasil curian di kawasan ruang tamu.Kebanyakan hasil curian Frankie adalah soft-toys dan 15 daripadanya patung harimau bintang dan patung burger.Tuannya terpaksa menampal poster setiap hasil curian Frankie untuk memulangkannya kepada tuan asal.Rekod terbaru, hasil curian Frankie semakin kreatif dengan mencuri patung kepala nenek kebayan sewaktu perayaan Halloween tahun lepas.Antara hasil curian normal yang lain seperti stokin,plastik chips serta tidak dilupakan tikus dan burung.Polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana masih tiada penjara buat kucing buat masa ini.

Pemerhatian yang aku dapat buat apabila melihat kucing-kucing di persekitaran rumah aku:
  • Suka bergaduh,terutama pada waktu malam.Aku nak tido pun susah, ngiau sana-ngiau sini.
  • Berak merata-rata.Mak aku anti-kucing, aku pernah melihat beliau menyapu kucing menggunakan batang penyapu seperti memukul bola golf.
  • Kencing kat tayar kereta.
  • Aktif beromen.
Ni ada tambahan lagik.
1st time aku tgk kucing mcm ni.Kucing di rumah kawan aku "adik brandon".
Makan nak bersuap,kalau tak suap tanak makan.(ikan bilis)
Mengada betul.Sekeh kang!

Thursday, May 14, 2009

Ketagihan Semasa















Cast of "Worst Week"
Kyle Bornheimer as Sam Briggs.
Erinn Hayes as Melanie "Mel" Clayton.
Kurtwood Smith as Dick Clayton.
Nancy Lenehan as Angela Clayton.

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam Briggs lakonan Kyle Bornheimer dalam usaha untuk menarik hati kedua ibu bapa tunangnya akan tetapi segala usaha dan cubaan beliau bertukar menjadi bencana.

Worst Week telah menjadi salah satu rancangan komedi tv show kegemaran aku selain friends dan that's 70 show.

Salah satu tarikan utk aku menonton series ni adalah kerana dgn adanya Kurtwood Smith yang berlakon sebagai Red di dalam rancangan that's 70 show.Red terkenal dengan trademark beliau yang amat suka menyebut perkataan "my foot in your a**"
Akan tetapi di dalam series Worst Week ini Kurtwood Smith berlakon sebagai Dick Clayton.Ayah kepada Mel Clayton merangkap bakal bapak ipar Sam Briggs.

Setiap episod mmg pecah perut.
Ada rakan-rakan aku yang minat series ni?

Saturday, May 9, 2009

Si Bulu Kening






















Korang tahu tak Cristiano Ronaldo telah dianugerahkan sebagai
Top Gay Icon oleh gaygolddiggers.uk.com pada tahun 2008?Ronaldo juga pernah di "bahan" oleh pemain pasukan MAN UTD sendiri selepas insiden peluh di mana lokernya diisi dengan deodorant dan shave krim.Malah menurut ex-united striker Brian McClair, "eleh Ronaldo tu,dah la training selalu lambat, asyik nak betulkan bulu kening je kejenya".

Lagu-lagu romantik yang diminati Ronaldo antaranya adalah dari George Michael dan Elton John.
Hmmm...






OH HAI!

Oh Hai!
Saya Ame.