Saturday, May 23, 2009

L Word

















*Moenigg sebagai Shane dan Daniella sebagai Max transexual yang macam Zac Efron sikit-sikit


Love.Lust.Lesbo.Kisah gadis-gadis Los Angeles dari pelbagai jenis seksualiti dan bercitarasa tinggi dari segi fesyen, gaya hidup dan semestinya aksi ranjang.hehehe.Dilabelkan sebagai "Sex & The City" versi lesbian semestinya tidak akan disiarkan di Astro apetah lagi TV tempatan.Cerita ni bermula dari 2004 lagi tapi disebabkan isu-isu cerita yang berat seperti seksual, agama, seksis dll jadi tayangannya mungkin tidak meluas.Di dalam series ini,watak yang dapat menarik perhatian aku adalah watak Shane McCutheon seorang "hair stylist" watak lesbian kacak lakonan Katherine Moenigg. Dari segi aksi dikatil yang semestinya hebat memanipulasi hot chick (dan kadang-kadang dua hotchicks sekaligus, cis) pemakaiannya juga lebih kepada VH1 death-rockstar yang sangat cool. Wajahnya dapat diklasifikasikan kepada lelaki yang cantik(bukan jambu) atau wanita yang kacak(bukan SamRo).Watak lain yang boleh dikatakan menjadi tarikan series ini adalah Max, seorang programmer transexual bersuara bapuk yang percaya cinta sejatinya kepada seorang perempuan. Serta watak-watak lesbian lain.Tetapi kedua-dua watak ini lebih terserlah kerana mereka ni lesbian yang macho (bukan macam pengkid local)

Dari pandangan aku, rata-rata pengkid local ni:
  • Pengkid local biasanya berambut pendek ala-ala askar serta bentuk badan yang rata-rata tak menarik (ramai yang berisi)
  • Tidak pernah lagi aku jumpa pengkid yang benar-benar "perempuan kacak" atau berpakaian lelaki yang betul. Kebanyakannya mesti berpakaian baggy ala-ala hip-hop
  • Semenjak Samantha Ronson popular, ramai jugak yang meniru gayanya tapi maaflah, Samantha Ronson memang "butch" yang macho tapi kalau semua nak jadi Samantha? itu tidak macho lagi.
  • Teman wanita pengkid kebiasaanya wanita yang terlalu cantik atau terlalu buruk. Bergantung kepada bentuk badan pengkid tersebut.
  • Percakapan pengkid biasanya boleh didengar 3 batu jauhnya. Untuk menunjukkan betapa kasar dan samsengnya mereka. Hanya pakcik-pakcik di kedai kopi yang bercakap pasal politik dan menonton gusti je bersuara setinggi tu.
  • Sukan utama pengkid local adalah futsal.

(Cerita sampai season 5 dan dah tamat pun. aku ada DVD whole season kalau sapa-sapa berminat)

5 comments:

  1. hahaha tau xpe. aku dulu kawan dgn pengkid kan, diorang punya style tak abih2 tshirt koler, sbb nanti diorang naikkan koler, then suar baggy. kamon lah dey. so last century lah depa nih. lagipun depa ni poyo2 cam jantan je. nyampah pun ye weh

    ReplyDelete
  2. ada kemungkinan tak pengkid bole jadi sgt rapat dgn lelaki?

    ReplyDelete
  3. sebelum cerita ni katherine pernah berlakon sebagai watak seorang pompuan yg menyamar jadi seorang lelaki. Tv siries bertajuk 'young americans' ditayangkan pada tahun 2000. tp sayang ouh, hanya season 1 yang keluar.lepas tu x tau dah pe cte. ni link sedutan young americans. =)

    http://www.youtube.com/watch?v=fbx1SP8TPd4&feature=related

    ReplyDelete
  4. dalam cerita tu mmg nampak sgt lelaki.
    mamat tu nampak lgk jambu dari moenigg.
    ceh.

    thanks bg link.
    video dan lagu yg sgt best.

    ReplyDelete
  5. ada je pengkid rapat dgn lelaki.
    awww

    ReplyDelete